My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Friday, March 31, 2006

bunyinya suara bukan mimik arab

bunyinya suara
aku keliru
bunyinya nada
menggetarkan aku
bunyinya hujah bercelaru

bukan aku berARAB
malah berADAB
bukan aku berTAKSUB
malah tak SANGGUP...
menyambung tamadun telanjang
menjunjung minda yang diamnya digua

kenapa tiada pernah pelajari
mengukur baju ditubuh sendiri
malah dibilang keren lagi
layak matsaleh (bule) yang rakus membayar beribu
melihat anak-anak isteri ku gebu

aku wariskan ilmu
kau simpan baik-baik
mempermolek jangan memperlekeh
nilai SENI hidup jitu
bukan pada ketelanjangan anak bangsa ku
tapi dalam hikmah yang masih engkau terkeliru

/dzan
march 2006

Monday, March 20, 2006

sebenarnya apa?

sebenarnya siapakah yang menghitung
sebenarnya apakah yang dihitung
terfikirkah usia tak larat dibendung
suatu angka pendek yang sering gemersik
rasa kaku dan pilu membelenggu
bila berada dipermukaan pintu

rindu tak terlarat ku sebut
nama telah puas ku tutur
hidup menjadi kelam-kabut
diantara aturan tiada gaya

//ENGKAUkah pengaruh bersahaya?//

sebenarnya aku belum meraih
segala apa dari kegagalan dan kehancuran
sebenarnya aku mahu menjulang hidup
dalam kekalahan dan kepayahan nan rapuh

sebenarnya aku lagi rindu melulu
pada ENGKAU dalam syahdu

rangkuli aku

/dzan
march 2006

Wednesday, March 08, 2006

sang TUAN, Engkau dan aku

aduh cinta
engkau kah yang serbu menyapa
bertandang bagai yang tipis melayang
berputar bagai yang bulat bergolek

kenapa pelangi yang kau kejar
dihujung situ
tiada harta bak dongeng cerita legenda
akurlah

kenapa kau mahu juga mempersembah
pada aku yang tiada apanya
pada wajah nan biasa
pada hati nan rendah
pada hidup nan alpa

sang TUAN tidak menyimpan hati ku
sang TUAN sering merestui hidup ku
sedangkan ENGKAU bercumbulah
pada DIA senantiasa

pada AKU
engkau akan merasa jemu

/dzan
8 Mar 2006

Tuesday, March 07, 2006

pantun agama : 4, 5, 6 kerat

kendati berat dipikul kerbau
dicucuk hidung kemana pergi
sekiranya qudrat Tuhan melampau
nescaya lemah insan mengengkari

badai menghempas memberi isyarat
terhapus nyawa bergelimpangan derita
hidup ku lemas dek harta nan sarat
dosa berkoyan keampunan tak terminta
malah bermegah diri sempurna

kalimah ditutur kelat bunyinya
anak jawa berbahasa melayu
sekiranya insan bertikam sempurna
tak akan damai datang bertamu
tersembunyilah ikhsan tiada jitunya
ternampak udang bersembunyi di batu

/dzan
mar 2006

Thursday, March 02, 2006

engkau tak kenal aku

engkau tak kenal aku
yang berfikir dengan tangan dan kaki
yang berhemat dengan mata dan hati
yang pakai otak mengadun rasa
yang beringat dirilah yang hina
yang tak mahu bergabung mencela
yang tak yakin berhujah mendoa malapetaka

yang aku, kita dan mereka
bukanlah manusia sempurna

engkaulah yang tak kenal aku.

jangan biarkan tempayan pecah
sebelum air langit sempat mencurah
sebelum tumpahan air dijamah
sebelum menghilang dahaga manusia
sebelum punah harapan bernyawa
tak kiralah bulu, darjat ataupun kasta

engkaulah tak kenal aku
ataupun sememangnya
engkaulah tiada mengambil tahu

/dzan
2 mar 2006