My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Saturday, May 02, 2020

Part 2 - 3 Mimpi yang Berbeza dalam 1 Perjalanan Malam 9th Ramadan, 1441h

DISCLAIMER: Posting ini hanya pelipur lara. Berdasarkan dari mimpi saya yg semalam. Perlu diketahui bahawa Saya bukan golongan mistik dan menolak segala macam perkara-perkara mistik.  Tidak seperti mimpi para Nabi, Sesungguhnya saya yakin, sesudah datanganya Rasullullah SAW, mimpi tidak boleh dijadikan hujah atau dalil atau sandaran hidup.   Feng Shui, Metafizikdan entah apa-apa mukjizat adalah perkara yang saya tolak.  dan Mimpi adalah mainan tidur. 


MIMPI KEDUA:

Assalamualaikum,

Entah macam mana, saya berada di tempat yang lain. Memandu. Tak tahu tempat tujuan. Saja memandu.

Alih-alih, saya berhenti mangambil seorang rakan wanita dan terus memandu ketempat yang dituju. Tapi masih tak tahu mana nak pergi.

Sedang memandu, kami mula bercerita dan sebagainya. Tiba-tiba saya naik darah dgn rakan saya disebelah saya.  Terasa ketika itu dia bercakap dengan saya dgn nada yg tinggi dan biadab.  Saya berhentikan kereta. Keluar dari kereta, pergi ketempat dulu dia... terus tarik beliau keluar dari kereta dan bertubi bertumbuk-tampar dgn beliau.  Sampai terbaring dan bergelut dijalan raya. Tentu sekali saya kalah dalam pergelutan tersebut.  Bergaduh bukan mainan saya. 

Tapi terasa sangat puas menampar pipinya bertubi. Sampai merah dan melecet. Sambil beri peringatan kepada beliau supaya menjaga tutur kata.  Jangan biadab saya beri peringatan.  

Saya kata lagi, belajar berkawan dengan orang. Bukan dengan harta benda dan duit.  Buat lah baik pada orang bukan pada kemewahan.

Mimpi berakhir begitu saja.  Biasalah. Mimpi kan?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home