PERIHAL HIBAH WASIAT & CONTOH SURAT HIBAH
1. Caveat
Artikel dan contoh surat
Hibah ini adalah sebagai panduan semata. Ia bukan dokumen rasmi atau mengikut
format rasmi tertentu, namun, boleh digunakan dalam perjanjian hibah peribadi.
Penulis bukan seorang
agen mana-mana badan. Penulis juga bukan pakar dlm pengurusan harta dalam
Islam. Penulis bukan perundingcara atau
menjual apa-apa servis atau produk dalam hal-hal berikut ini.
Artikel ini ditulis,
melalui ilmu yang terhad dan berdasarkan pengalaman peribadi sendiri yang dilalui.
Jika Tuan / Puan
memerlukan matlumat rasmi dan terperinci, sila merujuk kepada badan-badan atau
konsultan yang bertauliah. Seperti
As-Shalihin, Amanah Raya, dll.
Penulis tidak
bertanggung-jawab terhadap mana-mana matlumat yang tidak tepat atau bertentangan
dgn undang-undang semasa yang mungkin berubah sedang dan setelah artikel ini
ditulis.
Begitupun, penulis dengan
rendah hati sudi menerima sebarang teguran dari mana-mana pihak. Yang benar adalah milik Allah, yang bathil
adalah milik saya.
Semoga ia bermanfaat dan
Allah SWT merahmati perkongsian ini. Insyaallah. Amin.
/ikhlas
Ramdzan Minhat
EMel: ramdzan_minhat@yahoo.com
3rd June 2018
2. Pengertian Hibah
Hibah dan Wasiat adalah
dua instrument yg berbeza. Hibah adalah
pemberian.
Jangan jadikan hibah
sebagai alat untuk memenuhi sifat tamak kita. Lalu memaksa atau berleter pd si
pemberi untuk dihadiahkan kepada kita.
Antara jenis hibah adalah
Hibah Ruqba atau Nuzriah. Hibah
Ruqba bersifat sementara. Syaratnya
adalah MATI. Dan ramai ulama berpendapat syarat ini bertentangan dgn tuntuan
Islam.
Hibah Nuzriah lebih
bersifat ikhsan dan menjaga kepentingan orang2 yg tersayang. Bersihkan niat
kita dalam melaksananya.
Secara umum, Hibah juga BUKAN atau tidak harus
dijadikan instrument oleh PENERIMA untuk “memeras” PEMBERI dgn seribu satu
macam alasan yg sering terjadi dalam keluarga.
Misalnya:
·
Isteri / isteri muda yg mendesak suami sbb takut
harta seperti rumah dll akan jatuh kpd pihak yang BERKELAYAKAN. Atau isteri yg
tak mahu anak2 tirinya atau mertuanya mendapat apa2 bahagian dari harta
tersebut.
·
Anak2 yg mendesak ibubapa untuk membuat hibah
keatasnya.
Ambillah prinsip, Harta ibubapa atau harta orang lain,
bukan hak kita. Biarlah mereka sendiri yang menentukan apa yg mahu dilaku
melalui kesedaran dan ilmu-ilmu islam dalam pembahagian harta.
Ia harus terbit dari KESEDARAN PEMBERI untuk
MEMBERI. Ertinya, sendiri punya bahgian, maka sendirilah mahu memberi – tanpa
mengharapkan balasan. Bukan dicadang dgn paksa atau di paksa.
Pendapat saya, Rumah dan Tanah adalah yg paling
layak kita hibahkan. Sebab sebagai pemilik, nasib isteri dan anak-anak haruslah
kita pastikan tidak teraniaya dan terbela.
Adalah menjadi tanggung-jawab pemilik untuk
pastikan segala urusan harta peninggalah diurus dengan baik semasa hidup, lalu
memastikan pemergian kita nanti tidaklah menjadi azab.
Secara peribadi saya juga berpendapat, Wang dan
lain2 harta, biarlah hukum faraid dilaksananya. Sebab hukum faraid adalah HUKUM
ALLAH yang paling adil – berbanding dgn istrument2 manusia belaka. Walaupun ada yg menyoalkan kenapa isteri atau
anak-anak perempuan mendapat sedikit sahaja, namun sebenarnya ia penuh hikmah
dan barakah.
Syarat asas memberi adalah (1) MILIK KITA sendiri, (2)
semasa hidup. (3)Tiada paksaan. Lalu kita boleh beri pada sesiapa saja. Jangan ada tipu helah untuk menidakkan hak
orang lain.
3. Pengertian Surat Hibah
Surat Hibah adalah sebuah dokumentasi perjanjian yang isinya menghibahkan atau memberikan hak pemilik - baik barang, rumah mahupun tanah, dll.
Dalam surat hibah biasanya memberikan keterangan dari
pemilik ASAL turun ke pemilik KEDUA.
Instrument hibah ini digunakan BUKAN untuk menipu
atau menidakkan atau merendahkan pembahagian Faraid.
4. Syarat Sah Surat Hibah
- sihat jasmani dan rohani si pemilik atau penghibah
- tanpa ada paksa'an atau desakan dari manapun
- ada bukti tempat atau barang yang dihibahkan
5. Persyaratan Dokumen Perjanjian Hibah
- Judul / Tarikh
- Identiti pihak pertama ( pemilik )
- Identiti pihak kedua ( yang diberi hibah )
- Identiti saksi-saksi ( minimal 2 orang )
- Isi dari dokumen yang disertakan no. atau butir harta2 tersebut, sijil .dll
- Tanda tangan kedua belah pihak dan saksi
- Stamping eg. LHDN, dan Commisoner of Oath. etc
Kita boleh buat surat sendri tanpa melantik
mana-mana lawyer atau badan-badan lain.
6. Pengertian Wasiat
Wasiat dalam Islam tidak sama dengan Hibah /
pemberian. Antara syarat-syarat wasiat
dalam islam adalah seperti berikut:
- · Bahagian yg boleh diwasiatkan tidak boleh melebihi
dari 1/3 bahagian dari harta yg mahudiwasiatkan.
- · Penerima wasiat bukanlah pewaris yang berhak dalam pembahagian Faraid.
- · Antara mereka yg berhak dalam wasiat adalah:
o Bukan ahli
keluarga
o Tiada hak
dalam faraid
o Ibu/Bapa
atau keluarga angkat
- · Wasiat hanya berkuat-kuasa bila pemilik telah meninggal. Semasa hayat penama / perwariswasiat tidak boleh mendesak atau menuntuk apa-apa.
- · Nyatakan dalam wasiat supaya semua hutang-piutang harus diLANGSAIkan dahulu.
- · Nyatakan dalam wasiat (1) bahagian yang telah dihibah (2) hak isteri atau suami yg telah menyumbang modal wang-ringgit dalam harta tersebut, dll
7. Usulan Wasiat
·
Perlantikkan WASI penamanah yang bakal menguruskan
segala urusan tuntutan harta dari badan2 tersebut.
o Sebaiknya
WASI merupa golongan yg berintegrasi tinggi, amanah dan baik ilmu agamanya.
Lebih-lebih lagi ilmu faraid.
o WASI tiada
kepentingan dalam harta tersebut, atau kepentingan dgn mana-mana pihak yg bakal
menerima wasiat.
·
Perlantikan Penjaga Anak-anak dibawah umur, kepada
yg amanah dan baik dalam urusan agama.
8. PERINGATAN – LARANGAN MENGAMBIL BALIK BARANG YANG TELAH DIHADIAHKAN
Larangan mengambil kembali barang yang telah
dihadiahkan, meskipun dengan cara dibeli dengan harga murah. Hukumnya ada yang
mengatakan haram ada yang mengatakan makruh:
((Dari Ibnu
Abbas ra, Rasulullah saw bersabda “Orang yang mengambil kembali barang
yang telah dihadiahkan, bagaikan seekor anjing yang muntah dan menelan kembali
muntahannya”)).
Namun terdapat
pengecualian, dimana pemberian orang tua pada anaknya boleh
diambil lagi. Seperti halnya hadist berikut:
Dari Amr bin Syuaib dari ayahnya dari kakeknya, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda “Janganlah seseorang mengambil kembali barang yang telah dihadiahkan pada orang lain, kecuali pemberian orang tua pada anaknya (boleh diambil lagi)” -HR Ibnu Majah-
Dalam pengecualian mengambil balik pemberian
ibubapa kepada anak adalah seperti syarat-syarat tersebut:
- · Anak-anak menjadi murtad
- · Anak-anak yang derhaka terhadap ibubapa.
Sekadar begaduh dan berselisih-faham tidak termasuk
dalam pengecualian tersebut. Apalagi ibubapa yang berniat dengan sengaja
menaniayakan anak-anak sendiri lalu dapat mencari sebab dan alasan mengambil
semula harta yang telah diberi pada anak-anak mereka. Nauzubillah.
9. Contoh Surat Hibah.
SURAT PERJANJIAN HIBAH
Tarikh: ………………………………
PIHAK PERTAMA
(PEMBERI)
Name
Penuh: ………………………………………………
No.Kad
Pengenalan: ………………………………………………
Alamat
Penuh: ………………………………………………
PIHAKKEDUA
(PENERIMA)
Name
Penuh: ………………………………………………
No.Kad
Pengenalan: ………………………………………………
Alamat
Penuh: ………………………………………………
Dengan ini, pada tarikh ____________{TARIKH} ini,
saya, ________________ {NAMA PENUH & no. K/P} atas
nama pihak pertama telah menghibahkan sebidang tanah/rumah saya atau sebahagian
dari tanah / rumah saya kepada pihak
kedua_________________________ {NAMA PENUH & no.
K/P}.
Hibah atau
pemberian ini saya lakukan atas dasar kasih-sayang dan pada pihak kedua.
Saya adalah pemilik penuh / sebahagian (50%?) dari
tanah / rumah yang ternyata dalam certificate No. XXXXX
/ No grant XXXXXX/ Sales & Purchage agreement bertarikh xxxxxxxx.
Sila rujuk pada butir lengkap pada sijil / grant /
surat gadai beli yang dinyatakan diatas.
Butir ringkas tanah / Rumah adalah seperti berikut:
1.
No. Grant / No certificate permilik
2.
Nama Pemilik Tanah / Rumah
3.
Keluasan Tanah / Rumah
4.
Lokasi / Alamat Penuh Tanah / Rumah
5.
Jumlah bahagian milik saya = 100% / 50% etc
Adalah, Rumah / Tanah seperti yang tertera diatas,
selama saya memiliki dan kuasai tidak pernah terjadi persengketaan atau di
gugat oleh pihak mana pun.
Maka mulai tarikh surat ini ___________________ {Tarikh} , tanah /
Rumah tersebut sah menjadi sepenuhnya / sebahagian hak milik
kepada pihak kedua.
Demikian surat hibah ini di buat dengan sebenarnya
dan dalam keadaan sehat jasmani serta rohani dan tanpa desakkan atau paksaan
dari pihak mana-mana pihak dan di pergunakan sebagaimana mestinya.
Dengan ini, tanda-tangan Pihak Pertama, Pihak Kedua dan Saksi-saksi
dibawah ini telah mengesahkan pemberian hibah seperti yang dinyatakan di atas.
1.) PIHAK PERTAMA (PEMBERI):
Tanda
Tangan: …………………………………………..
Nama Penuh: …………………………………………..
No. K/P: …………………………………………..
Alamat
Penuh: …………………………………………..
Tarikh: …………………………………………..
2.) PIHAK KEDUA (PENERIMA):
Tanda
Tangan: …………………………………………..
Nama Penuh: ………………………………………….
No. K/P: …………………………………………..
Alamat
Penuh: …………………………………………...
Tarikh: …………………………………………..
SAKSI-SAKSI
3.) SAKSI PERTAMA:
Tanda
Tangan: …………………………………………..
Nama Penuh: ………………………………………….
No. K/P: …………………………………………..
Alamat
Penuh: …………………………………………...
Tarikh: …………………………………………..
4.) SAKSI KEDUA:
Tanda
Tangan: …………………………………………..
Nama Penuh: ………………………………………….
No. K/P: …………………………………………..
Alamat
Penuh: …………………………………………...
Tarikh: …………………………………………..
Labels: Contoh Surat Hibah, hadith, Hibah, islam, Larangan mengambil balik hibah, Wasiat
0 Comments:
Post a Comment
<< Home