My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Tuesday, January 20, 2009

2. Aku dan Melayu - Bahasa Melambangkan Bangsa

Kalau nak dihitung peratusan saya berbahasa melayu dalam sehari, rasanya tidak mececah 10 peratus. Tentu saja ini memalukan. Dan kalau dicampur peratusan keluarga saya berbahasa melayu mungkin juga mencecah 20 peratus. Tapi ini juga sangat membimbangkan.

Sejak anak2 saya kecil lagi kami sudah melatihkan mereka berbahasa Inggeris. Jadi penguasaan bahasa melayu mereka amat lemah. Pernah ketika itu (semasa berumur 4-7 tahun), mereka bertanya kepada kami (dalam bahasa Inggeris) " Kita ini orang apa? Kalau melayu kenapa bercakap bahasa Inggeris?" Dan bila mereka bertanya datuk mereka, dijawab pula "Atuk orang Inggeris lah. Ibu Atuk berasal dari London dan namanya sebenarnya adalah MARY". Saya hanya mampu tersenyum sinis tanpa memperbetulkan keadaan tersebut. Kiranya mereka telah dikelentongkan. Kasihan sekali. Namun begitu mereka semakin akur tentang asal usul mereka dan sedar tentang kemelayuan mereka.

Jadi apa kah saya sekeluarga merupakan keluarga yang gagal mempertahankan Bangsa melayu?

Tentu saja kita pernah mendengar ungkapan "BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA". Tapi apakah pengertian sebenar ungkapan tersebut? Kalau saya nyatakan bahawa tegak nya bangsa tidak tertakluk pada bahasa, Apakah kenyataan itu dapat berdiri tegak dan mempertahankan keadaan kami yang sengaja tidak fasih berbahasa melayu? Walau pun pada dasarnya itu adalah semacam alasan remeh untu tidak terus berbahasa melayu. Boo!!

2.1 Bahasa Indah dan Tepat

Mengikut kata MUNSYI, Alif Danya (penulis Indonesia) dalam bukunya BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA - cetakan pertama Jun 2005, bahasa itu harus Indah dan Tepat. Ia harus mampu dimiliki dan diolah sebagaimana mungkin oleh penutur. Katanya pengurusan bahasa itu bukan pengurusan sarjana bahasa semata ataupun ahli dewan bahasa sebagai pemiliknya. Katanya bahasa itu harus bebas dimiliki orang ramai yang menggunakannya.

Sekilas pandang, ada kebenaran dalam kenyataan tersebut. Lantaran itu sesebuah Bahasa mampu berkembang dan berdaya saing mengikut masyarakat dan tamadun tertentu. Dan mungkin dalam konteks Indonesia kesan indah yang terselah dari kebebasan itu adalah:

1.) Rata-rata bangsa Indonesia mampu menyuarakan maksud hati dan minda tanpa ragu diancam sebagai perosak bahasa. Mereka kelihatan petah dengan soalan-soalan yang ditujukan secara spontan.
2.) Kerana dinding keterbatasan bahasa itu telah dirobohkan nilai estetika dalam penyusanan kata dan ayat-ayat mereka itu terlihat sangat menyerlah dan indah.

Tapi kesan buruk juga berlaku dalam kebebasan berbahasa mengikut filsafah Indah dan Tepat. Pada dasarnya kita sedar bahawa yang Indah dan Tepat itu sangat subjectif dan tertakluk pada mata dan rasa seseorang - atau pun mungkin pada sesebuah masyarakat. Yang indah dimata seseorang mungkin dianggap buruk pada yang lain. Dan yang tepat dimata sesorang juga mungkin berlawanan dengan penerimaan orang lain.

Jadi bahasa yang dituturkan mengikut kaedah "Indah dan Tepat" itu menjadi canggung ditelinga golongan yang faham dengan tata-tertib bahasa. Ia hanya mampu berdiri dalam masyarakat yang tidak mahu akur dengan peradaban bahasa itu sendiri. Mentelah lagi, kebebasan berbahasa itu menularkan penyakit keInggerisan yang sangat kronik kalau dikaji dari segi ilmiah.

Saya pernah berbincang dengan seorang sahabat yang merasa menginggeriskan bahasa melayu memberi ketetapan maksud penutur dengan jelas. Jadi bahasa itu harus bebas katanya. Sebab, katanya lagi, kalau bahasa itu dibendung dalam beradaban, ianya akan jadi beku.

Apa pun juga alasannya, bangsa Indonesia telah mampu merobohkan segala beradaban bahas. Filsafat Indah dan Tepat itu telah digarap dengan senang hati - dalam hidup sehari-hari mereka. Apa yang terfikir dalam kepala dan unkapan yang terlintas diminda diucapkan tanpa mengambil kira konteks socio-budaya, keadaan sekeliling, mahupun konteks pengertiannya bahasa itu sendiri.

Tak hairanlah kadang saya bingung dengan apa yang dimaksudkan oleh mereka. Kadang-kadang terlihat seolah-olah bahasa itu diperlekehkan oleh mereka dengan perkataan yang tidak sesuai dalam konteks sekeliling. Itu belum lagi disentuh tentang isu bahasa inggeris yang langsung dipelatkan mengikut lidah dan keinginan penutur itu sendiri.

Misalnya, pembantu rumah saya yang berasal dari indonesia, memanggil peti sejuk sebagai KOOL GAS.....kerja gotong-royong, dipanggilnya "kerja borong" dan yang paling lucu apabila pembantu saya memanggil penjual gas " TET-TET"....hanya kerana, bunyi "TET-TET" itu berkumandang tiap kali lori penjual itu melintasi kawasan perumahan kami. Tentu sahaja, bahasa nya begitu TEPAT!

Apakah ini yang dikatakan Bahasa itu harus bersifat ABITRARI..????

2.2 Bahasa Baik dan Benar

Rata-rata Dewan bahasa menyesyorkan bahawa bahasa seharusnya Baik dan Benar...bersambung..

1 Comments:

Blogger InaOK said...

Salam,

i) Menginggeriskan bahasa melayu itu boleh diterima tetapi hanya bagi terma-terma tertentu spt demokrasi, revolusi dll di mana istilah melayunya tidak wujud atau memerlukan rangkaian kata yg pjg.
Sdgkan org inggeris juga meminjam istilah melayu spt rambutan & org utan ...hehe

ii) Ada org yg mmg beradap bila berbicara .. bukan shj bahasa dia teratur tapi gaya dia berbicara pun bersopan.
Tapi ada juga org yg berbicara dgn bahasa yg tidak teratur bukan kerana tidak petah tetapi kerana berbicara dgn pengaruh emosi, dek terlalu bersemangat ...

iii) Bijak mengekspresi diri .. memerlukan latihan & galakan. Saya sendiri belajar mengekspresi diri di atas galakan cik gu sekolah. Itupun tidak saya amalkan. Saya kira kalau kita berada dlm persekitaran & suasana yg mengalakkan kita menyuarakan pendapat, memang kita akan jadi bijak mengekspresi diri ... tapi kalau kita berada dlm suasana & persekitaran di mana org lain sukar/ tidak mahu mendgr, apa lagi menerima pendapat kita .. akhirnya akan mendorong kita utk diam

Allahu'alam.

Menunggu sambungannya ....

4:15 PM

 

Post a Comment

<< Home