My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Saturday, May 02, 2020

Part 1 - 3 Mimpi yang Berbeza dalam 1 Perjalanan Malam 9th Ramadan, 1441h

Assalmualaikum,
Semoga di Ramadhan ini dan dalam keadaan lockdown atau Circuit Breaker Covid19 ini, kita akan senantiasa di bawah lindungan Allah SWT. Hidup senantiasa sihat dan beriman. Amin. Insyaallah.
Semalam saya bermimpi. 3 mimpi yang berbeza dalam 1 perjalanan malam Ramadhan. Subhanallah.
Sememangnya banyak perkara sepanjang hidup saya, mimpi-mimpi tertentu memberi alamat / kesan tentang perkara yg terjadi dalam hidup saya. Saya bukan orang mistik atau mahu percaya tentang tafsiran mimpi atau perkara mistik.
Sesungguhnya saya yakin, sesudah datangnya Rasullullah Muhammad S.A.W, mimpi tidak boleh menjadi hujah atau sandaran hidup kita. Tapi macam saya kata, banyak perkara yang berlaku dalam hidup, saya tersedar setelah datangnya mimpi-mimpi tertentu.
Malah, saya juga adalah golongan yang menolak Feng Shui, Mata Fizik (yang menurut saya adalah jenama baru untuk FengShui) atau segala perkara mistik atau mukjizat yang ramai sebarkan. Walaupun mukjizat itu di sebarkan atas nama Islam.
Sebab saya yakin, CUKUPLAH ALLAH BAGIKU. Cukuplah keyakinan saya pada Allah. SWT dan Rasullullah SAW - biarpun sebenarnya saya juga adalah golongan manusia yg paling lalai dlm ibadah dan sangat berdosa. Semoga Allah mengampunkan saya. Nuzubillah dan Insyaallah. Amin.
Saya berlindung dengan Allah S.W.T dari segala tipu-helah syaitan yang sering bermain dalam hati, fikiran dan Allah tetapkan iman kita yg selalu berubah2 dan dinamik.
OK, Biar saya ceritakan mimpi saya malam tadi:
1. MIMPI PERTAMA
Saya dan sekumpulan rakan pergi kesuatu daerah bukit / pergunungan yg tinggi. Ditempat itu sekumpulan jemaah mahu membuka perkampungan baru. Ada tali-air / sungai yg berwarna kehijauan dan kekuningan. Dalam mimpi saya itu saya tahu bahawa tali-air / sungai itu adalah sangat bersih - mengalir dari perkampungan dan terus ke kaki bukit / gunung. Terasa nyaman menyaksikan tali-air itu.
Tapi-tiba datang persoalan dan rasa gundah dgn keadaan air itu.
Alih-alih saya berketahuan bahawa beberapa masaalah ditempat itu yang akan menimbulkan masaalah di belakang hari yang singkat nanti:
Diperkampungan itu:
  • Tiada Air bersih untuk kegunaan seharian orang-orang kampung. Makan Minum, memasak, mandi dll
  • Tiap longkang dan kotoran dari rumah-rumah diperkampungkan itu disalurkan langsung ke dalam sungai yang mengalir ke kaki bukit / gunung.
Lalu saya bertemu seorang pakcik tua dan bertanya. Dari mana nanti penduduk kampung akan mendapatkan air bersih untuk makan-minum dan segala keperluan sehari-hari?. Jawapannya, dari sungai itu. Saya nyatakan sungai itu akan menjadi air yang sangat kotor tidak lama lagi. Maka harus dicari sumber air yang lain atau pastikan segala kotoran longkang dan sebagainya, dari rumah tidak akan disalur kedalam sungai.
Malangnya nasihat saya tidak diindah.
Saya pun turun kekaki bukit / gunung dgn perasaan hairan bagaimana orang-orang kampung akan naik turun ke tempat itu sedangkan tiada laluan atau jalan untuk ke perkampungan itu. Saya pun tak tahu bagaimana saya turun dari perkampungan itu tadi. Alih-alih dari dikaki bukit itu, ada sekumpulan orang yg mahu ke perkampungan itu. Mereka terus TERBANG naik dari kaki bukit.
Baru saya terasa nyaman. Tapi hairan mereka boleh terbang. Mimpi pertama ini berakhir.


1 Comments:

Blogger InaOK said...

😊

2:03 PM

 

Post a Comment

<< Home