My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Wednesday, July 22, 2009

hipotisis

sahabat:

sepanjang jalan dalam bumi yang bulat, aku membuat nekad jauh dari lingkaran keterbatasan kehidupan, berputar-putar menjana tenaga haus ku, lapar ku, suara ku dan segala usaha pembaziran dikhalayak kejahilan maya dibentangkan. bokob aku dalam pergelutan.

pintu yang pernah terbuka luas kini ditutup semula, malah canang tak dipukul, sorak-borak menjadi selera. tidak terkhabar tentang keemasan waktu yang berlalu, tukang karut malah berpanjangan berlagu sambil berpatah langkah berpecah ditakuk bangsa membawa anak desa - bagai cerita sang peniup seruling yang pernah melarikan anak-anak daif. Mereka berebut-rebut memuja kepincangan desa, menghambat penggerakan masa....itulah dunianya.... KERAS!!!

aku lagi termangu. kataku, pergilah jauh kebintang, kerlipannya tak ku duga, pergilah hilang kebulan, keindahan nya tak ku julang, pergilah mati kebumi, kebijaksaannya sekadar persepsi diri dalam akal sejengkal cuma, hidup membasabasi. pergilah sendiri insan, mati belum tentu syahid, nafas ku belum tentu lega, riwayat masih menjadi bahan cerita....

cerita dibawah tempurung tempat berteduh, tembusan cahaya tak mampu menyuluh tapi mengundang gemuruh ramai menagih sorak dalam gelap, mentertawa terbahak-bahak sesampai menjadi pekak, lalu semarak menjadi semak, jatuh dipersada yang berselerak, lalang membatasi pandangan, kehidupan hilang keupayaan.

lalu dalam segala kuasa berpolitika, ilmu jemu semakin ku kuasa, jemu menurut atur-campur meroboh tempat berteduh. tak mahu aku lupa pada kuasa ayam yang berkokok pagi, yang meningatkan matlamat insani yang mati berganti. tak mahu lupa pada kuasa kerbau yang membajak, mewarnai resepi dikuali yang menjadi darah daging kini. tak mahu lupa pada kuasa kereta lembu yang menggelek, menghiris daya yang tidak tertangkis, bilamana pandangan menjadi tipis. tak mahu lupa pada kuasa luar-dalam yang melonjak-lonjak, ummah diinjak-injak oleh sang kaki empunya diri.

lalu memberi ingat ku pada kuasa pencipta yang memberi kudrat saksama. memberi ingat pada mereka yang bergelar nama hanya sementara, memberi ingat pada desa yang melata sangat percuma dan sementara, dicegah bagaimana akan mengarah sejagat jadinya.

memberi tekad ku, sedang keliru masih berkuasa, aku membikin hipotisis kehidupan sinis, agar nanti wal-hasil tak balik asal, wal-asal tak balik hasil.

//sedar ku, hujan batu dibumi sendiri, sangat memberi erti//

/dzan