My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Wednesday, June 28, 2006

peta

peta ku tercemar
oleh tumpahan kopi
kabur

kompas ku retak
utara ku menjadi rosak
berselerak

hanya bintang tak kunjung datang
sebab hari masih siang

/dzan
june 2006

Thursday, June 22, 2006

kerana benang

benang jadi kusut
tiada dapat dilurut
hati jadi kalut
tiada dapat diturut

berlinang airmata
meleleh melebih-lebih
sesampai jadi banjir

itulah.....
sekali air bah
sekali juga pantai berubah
tapi yang punah
adalah masyarakat jadi rebah
wal hasil...
hidup tak berubah-ubah
segalanya hilang maruah

hanya kerana...
benang jadi kusut
tiada dapat dilurut

/dzan
june 2006

gelita dan teman

saat gelita
nyalakan pelita hati
hidup bakal diterangi

saat sendiri
hidupkan rasa ingat pada Tuhan
hidup tak akan kesunyian

/dzan
june 2006

saat diri gundah

bila hati gundah
congak kelangit gelap
lihat bintang yang berkelipan
ada cahaya matahari memancar
ada bulan yang meneman
ada Tuhan yang menjadikan

lantas lihat lagi pada diri
akan terlihat bayang-bayang diperigi
adalah kita yang memerangi
adalah pedih mengaburi

lalu apakah bulan itu tuli?
tak perasan kita sendiri
atau sememangnya
adalah diri tak terlihat lagi

/dzanjune 2006

Tuesday, June 20, 2006

kehulu-kehilir

kehulu tidak aku kehilangan
kehilir bukan aku keraguan
mengharap sahabat berpanjangan
mendorong sama kearah kemajuan

pantun sahabat

membubuh garam diluka bernanah
menular pekong mencengkam berbisa
hidup nan karam dikandung amarah
mengharap untung tak kunjung jua

kerlipan bintang menjulang arah
kompas nan pecah berpulang jua
pelita benderang hati meredha
matlamat terserlah jalanan teruja

bertaut aur mengkukuhi tebing
mengalir arus sempadan berbukit
sahabat nan akur berjabat seiring
menempah firdaus semangat berbangkit

/dzan
june 2006

Sunday, June 18, 2006

bagaimana

bagaimana dapat ku simpan airmata
menitis pun ia tiada rela
telah hilang bersama angin pilu
yang cuma terpedih dalam merindu
badai tak ku gentar
esok akan terus tercabar

/dzan
june 2006

Monday, June 12, 2006

roh ku

gundah dan gusar
tak akan pernah hilang
walau lewat mu sudah terbilang

jawapan pada soalan ada
cuma gementar yang sering berkuasa
hadir, bukan cuma-cuma
pergi, meninggalkan raga

entah kiri, entah kanan
jalan lurus yang ku idamkan
masih kabur dari pandangan

roh, jangan kau tinggalkan
jasad, jangan pula dipersimpangan

/dzan
june 2006

Friday, June 02, 2006

gabra

petanda hitam dipenghujung baris
bukan noktah yang mengakhir
sekadar imbuhan bertitik-tolak
pada alam yang berputar
dalam hidup yang berlingkar

onak, duri, simpang, liku
tepuk, tari, nanyian, rindu
jelas, hati, minda, keliru
langkah, seliuh, wawasan, kelabu

lalu kita
terangguk pada angin menderu
bersetuju akan bicara enggang
kerana auranya
kerana gagahnya
kerana hebatnya ia melayang
terpipis lada pada sang helang
terlupa ingat pada sang musang

aku gabra
berkelip-kelip dimata
berdebar-debar dihati
beringat-ingat dalam diri

/dzan
june 2006