My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Friday, October 28, 2005

kembali fitri

kesudahan kita begini
tak sesampai kepenghujung
sekadar bermula cerita seru
membangkit seribu selera
bercita-cita nafsu merasa
nikmat bergelimpangan dimeja

apakah cinta
atau nafsu dan selera, menguasa
adakah kerendahan
dalam diri feel talbiah
menggapai peri matlamat
yang perlu diberi hormat
kacau yang tak terubat

pernah
angin memberi ingat
ombak memberi matlamat
purnama memberi semangat
kemeriahan yang datang seharusnya
memberi rahmat mensuci jiwa
dalam kemaafan berperi
mengayam insaf merapat-rapat

kau jauh aku dekat
kau dekat aku rapat
kau rapat aku bersemangat
salam disini aku memberi hormat

aku mohon maaf
aku mohon insaf
aku mohon ucap
selamat hari raya aidilfitri
sucikan hati kembali fitri

/dzan
oct 2005

cinta aku pada mu

cinta aku pada Mu
kadang ada, kadang tiada

rasa tak cukup ketika ada
sebab Engkau sering memahami
mengasihi dan tiada putus merestui

Cinta aku pada Mu
kadang ada, kadang tiada

rasa tak luak ketika tiada
sebab Engkau dan aku
sering tiada bertemu dan menyapa
walhal akulah pengangkara
lupa pada diri, menganiaya
menjauh dari sisi, Kamu

Cinta aku pada Mu
kadang ada, kadang tiada
walau hakikatnya aku rindu
merimin bila ku ingat nama

/dzan
oct 2005

entah kenapa

entah kenapa hati terbisik, curiga
tentang luhur peribudi, bicara
manis sementara atau berpura
meninggalkan aku sendiri, sepi

kata diayak, budi dilurut
minda tiada daya bersahut
sementara aku disini
menjulang erti hidup bermimpi

/dzan
oct 2005

Wednesday, October 19, 2005

sehelai kain putih

sehelai kain putih
pernah membaluti
tubuh kecil yang munggil
ketika pertama
deria hidung bertemu mata
deria mata bertemu telinga
deria telinga bertemu suara
ayah bonda berkalimah, bersyahadah
menyeru nama Allah
solat ditinggal jangan
bergegaslah kearah kemajuan

sehelai kain putih kini
telah dilumuri darah bernanah
telah diwarnai rencah amarah
telah dikotori nafsu membesar
dicuci juga menjadi bersih
tapi tak terlihat warna-warna putih
cuma kelabu
meninggalkan kesan
dalam bentuk segala kerapuhan
terlupa dimana disimpan
hendaknya taubat berkesampaian

sehelai kain putih
digunakan kembali, bersih
membaluti sekujur tubuh munggil nan tua
yang telah mandi
disetanggi mewangi
dikapan membaluti
diazan terlaung ke dasar bumi
bersendiri

/dzan
oct 2005

Friday, October 14, 2005

kering ditubuh sendiri

jenuh aku dipundak
onak menghalang aku kepuncak
bermula dari kecil langkah setapak
dalam jurang buana belantara
dalam gaung sarat pancaroba

lidah ku basah
tak kering digusi
pelikat ku kuyup
kering ditubuh sendiri
tak mampu disidai
tak sanggup mendedah aurat terurai
malu mengaib
tiada kain lagi untuk diganti pakai

aku disini, tidak berlumba
aku disitu, sering teruja
rasa menguasai selera
hati mengaburi minda
ilmu dunia mahu ku timba
melaung sekuat suara
tiada bersembunyi digua

/dzan
oct 2005

Thursday, October 13, 2005

mencari

aku mencari rumput
yang hidup diatas padang
yang tak kenal membezakan belalang
lalang tumbuh mengaburi nisan
akar menyelokar berseparan
diatas dataran merekah
tak terbeza warnanya tanah
disitulah ada tinggi
satu suara minda berperi
kental auranya
jitu semangatnya
tak terhakis dek banjir berkilat
tak hanyir dek najis tersumbat
datang saat genting
kiblatnya tiada berpaling

/dzan
oct 2005

duka

salam terdahulu yang kudus
langkah yang ini terhunus
duka menjadi parah
luka sekadar berdarah
menjadi bebanan
bukan suatu fasa kehidupan
langkah perlu berterusan
tapi
tak hilang ditelan masa
tak pergi terubat luka
tak lalu mendamai sengketa

SUASANA, MEREKA dan DIA
tak dapat melipur lara
suka dan gembira
belum milik hamba

/dzan
oct 2005

masih

aku masih belum boleh ketawa
mendengar suara langit pecah
berdendang gendang amarah
nyawa menjadi parah

aku masih takut tersenyum
melihat bumi terus merekah
menari rentak sumpah serapah
nafas menjadi alpa

aku masih menitis airmata
sebab aku dan manusia
masih terus bermegah

/dzan
oct 2005

Sunday, October 09, 2005

rindu ramadhan ku

dijendela resahku menjengah
dimalam hatiku gundah
apakah siangku bakal menjadi hina
atau termangu cuma tangan terngadah
menadah suara berdoa
gusarku terubahlah menjadi indah

kenapa peluhku membasahi tubuh
dalam air resahku bercampur
saat dalam tarawih dan witir
aku hilang cemas dan getir
lantas ramadhan mensuci jiwa
menghilang segala nista
rahmat kembalilah bertahta

ini bukan pesta juadah
inilah temasya ibadah

aku rindu ramadhan ku
saat itulah aku dan waktu pernah bertemu
aku malu pada dosa-dosaku
aku pohon belas ikhsan MU

redupkanlah suara aku menegur
dalam getir doaku teratur
ampunilah, muliakanlah
gantikan hati nan gundah
kembali menjadi mesra dan mulia

/dzan
oct 2005