duka
salam terdahulu yang kudus
langkah yang ini terhunus
duka menjadi parah
luka sekadar berdarah
menjadi bebanan
bukan suatu fasa kehidupan
langkah perlu berterusan
tapi
tak hilang ditelan masa
tak pergi terubat luka
tak lalu mendamai sengketa
SUASANA, MEREKA dan DIA
tak dapat melipur lara
suka dan gembira
belum milik hamba
/dzan
oct 2005
1 Comments:
Duka yang tetap milik saya
sebab penyebabnya tiada mahu berubah
berselindung di balik dakwah
tapi kelaku masih begitu..
walau hanya pada saya
mungkin kerana ikhlasnya terbatas ....
tidak mengapa, duka saya itu akan pergi jua.....satu hari nanti.......
bila jasad disimbah bumi dan roh dibawa pergi....
9:51 PM
Post a Comment
<< Home