My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Thursday, September 08, 2005

puisi saksama buat Hasan

:hasan
bukan kerana banjar mu
jawa mu, atau bugis mu ditengah melayu
engkau menjadi tamu yang malu
bukan kerana melayu ku di wilayah ini
aku menjadi tuah yang gagah dan berperi
bukan kerana kasta yang membeza
tapi rumpun yang kuat mengikat satu raksa

lalu ada apa halnya dengan lain bentuk suara?

cuba mendongak ke langit biru
tiada dijunjung, tiada disokong
tapi tak rebah, tak roboh di kepala.
cuba genggam bau tanah dipijak
aroma dan baunya sehangat keringat kita
menitis membasah bumi membina tamadun dunia
cuba timbang berat garam dalam air laut
masinnya sekadar menambah haus, membuncit di perut

lalu kelainan kita cuma
terbeza pada bayang-bayang hitam
menghilang bila suria jernih bertandang
jangan kabur dalam penilaian dan pandang

/dzan
sept 2005

6 Comments:

Blogger InaOK said...

Membina ukhuwah, mengerat silatul-rahim memang dituntut, cuma yang selalu menjadi jurang adalah bila pipit berkawan dengan enggang, pipit menyedari diri tidak berkemampuan untuk terbang seiring ...... maka pipit selalu jadi Pemerhati yg mendoakan dari jauh ......
Tapi Bagi Kes ini....Bung Hasan & Dzan ...tentunya bukan Enggang dgn Pipit tapi Enggang dengan Helang........serumpun walau berlainan negara.

10:13 AM

 
Blogger dzan said...

hemmm...ahaks! saya masih menjadi berpipit bersama helang iaitu bung hasan.

ketika ketemu pak hoenizar hood, ti Tanjung Piang, aduh..terasa kerdil sungguh.

tapi keyakianan diri tidak memaksa untuk berduduk sama rendah, berdiri sama tinggi

12:10 PM

 
Blogger InaOK said...

Sbb u ada keyakinan diri....bagi orang yg tak ade ???
Bagaimana ???
Org yg terbiasa disindir selalu beringat ttg hal ini ..........

3:39 PM

 
Blogger dzan said...

alamak...mana ada menyindir...

6:01 PM

 
Blogger InaOK said...

My Dear Fren,

Aduhai....ini mesti kes pening tak habis lagi ni........

"Org yg terbiasa disindir selalu beringat ttg hal ini..."
That was a general statement....

I tak kata u or anyone here menyindir ...
Ampun dan Maaf kalau apa yg I tulis menyinggung perasaan .....

11:15 PM

 
Anonymous Anonymous said...

ada apa dengan Hasan dan Dzan? Baik-baik saja bukan?

10:57 PM

 

Post a Comment

<< Home