My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Friday, August 04, 2006

bah dan airmata

sekali air bah
sekali pantai berubah
kampung halaman ku jadi musnah
sedang jiran-jiran ku masih tiada melonjak minda
kebodohan masih di megah-megah

air mata datang percuma
dijadikan hantaran untuk sang Raja
yang mahu beristerikan sang Puteri
jauh dipelusuk dipergunungan tinggi

apa kena mengenanya dengan kami?

/dzan
aug 2006

Thursday, August 03, 2006

happiness

happiness is
when you are contented with what you have
when you feel good with what you don't have
and when you are able to bring joy to others
even to a stranger

/dzan
aug 2006

Tuesday, August 01, 2006

bosan dan benci

menjadi aku terhempas-pulas malas bergegas
pada semua sahutan yang tiada kesampaian

disidang akhbar
memberita pekong didada
dicorong radio
terlaung fitnah berleluasa
dilayar TV
termaterai imiginasi kekejaman manusia

mampukah manusia berhemah?

entah aku kah yang lemah
atau mereka kah yang gagah
kecundang juga dalam gelombang arus
hidup yang seharusnya mulus
menjadi lolos kian terhapus

aku mula bosan bertukar hairan
aku mula benci menjadi jijik
mengenal pasti kesudahannya biarlah mati

aku tak mampu mendengar lagi
kisah dongeng ketelanjangan
cerita purba berperangan
hikayat dusta menjana benteng berkasta

/dzan
aug 2006