My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Tuesday, March 29, 2005

apakah ada?

apakah ada sempurna bintang
dipuja tidak meninggi
dinista tidak cengeng
malah terus mengerlip ikhsan
selamba memberi arah
agar tiada yang tersasar

apakah ada sempurna matahari
menerangi iman dan sanubari
menghangatkan kehidupan mashur
tanpa memperdebat iman
memberi tiada hancur

apakah ada sempurna bulan
menampakkan kekufuran pada kejadian
saat diri tidur dalam gelap
saat bermimpikan insaf
sedangkan kufur dalam kalimah iman

aku ngeri, mual, muak dan benci
pada segala kata, laku dan fikir
sekadar berbaur munafik
yang sarat berguni

/dzan

jalan-jalan

jalan-jalan ku lihat ikan
ku sangka pasar ditepi jalan
kiranya lautan memuntahkan
perut yang sarat dengan ketakutan

jalan-jalan ku lihat insan
berlarian bertaburan
kusangka dipasar ada jualan
kiranya jasad berkuburan
bertubi soalan tiada jawapan,
sekadar laungan dan tangisan

jalan-jalan ku lihat bakti
ku sangka semua sedar menginsafi
malang sekadar melindungi
pada insan yang menyamai
masih mencurigai sesama sendiri
sempurna terasa diri

jalan-jalan ku lihat diri
aku menginsafi
tak mahu melihat pada beza yang ketara
sebab tuhan menjadikan kita saksama
sedang khinzir Mulia disisiNYA
kenapa geli hati menghina.

jalan-jalan aku gerun kehilangan
kemuliaan dalam keimanan
walau pun mungkin kalam tuhan
yang hebat aku memperbentakkan

/dzan

Saturday, March 12, 2005

aku dimana?

dalam pada aku mencari aku
aku temui kamu
merangkum hidup, sempurna
tertaksub hukum, setia
terbatal air wudhu
pada kesohor akad
bahagianya...,
kasih kita menjalar
maya ini empunya kita.

dalam pada aku melayani mu,
putera-puteri menyeri, bertingkah,
lantang bersuara, ceria
lengkaplah masjid kita, sempurna
riwayat paling damai, mengiring

dalam pada aku mengenali mu
aku temui aku
engkau semakin layu, bisu
alpa pada hukum, lupa
bisik tiada gemersik, keras
suara tiada lagu, sumbang
kita kian mengganjur...

dalam pada aku memahami aku
engkau tiada perduli,
aku mula menginsafi
keli tiada bertemu asam dikuali...
alam maya tiada suara
aku terpelanting
entah sampai bila

/dzan

Thursday, March 03, 2005

benar

kata bersalut akal
buat bersulam budi
fikir pelita hati
engkau mana pergi?
kemari...
belum habis aku mengerti

jujur mu dimana...
pada kuping lidah?
ikhlas mu pula...
sekadar ditelinga ia menyinggah?

jadi kebenaran itu, dimana pula?
singgah kah dihati?
dimata, di kepala atau
dikaki yang mampu terajang?
jumpakah pada tangan yang panjang?

atau mungkin, kebenaran itu
sekadar disanubari?
walhal laku mu tiada benar
sekadar illusi menghiasi.

kata tuhan
benar bukan pd nafsu
tidak sekadar pesepsi
benar itu pasti
tidak merosak nilai insani

/dzan

cogan kata

ingat selalu ingat
pada dia
taat selalu taat
pada cinta
usaha selalu usaha
untuk bersama
rindu selalu rindu
mahu menyatu.

bahasa SETIA
bakal merangkum hidup mu.

lakarkan usaha dan cita
agar jauh jadi dekat
supaya dekat jadi rapat
lalu rapat jadi rindu
rindu jadi jitu

sebaliknya
gaung bukan cogan kata
mana boleh bosan
bermaharaja lela.

pekik nama Allah
jika berhantu
jangan pulak bomoh
tempat mengadu.

/dzan

sejuta puisi

Sejuta puisi mu
Mendampar para hati, menanti
Membuka segala deria, ceria
Melonjak gelora akal, pejal

Lantas fikir ku deras, menukil
kata ku jadi laju, mengutara
feel ku tak terperi, jitu

akulah,
senyum menjadi akal
lancang azimat membuat
bertangkal pada niat
menjadi hati, empedu...

bicara mu,
ku dengar dan kusahut pasti
senang bertingkah dalam hati
…mahunya
kita sama-sama peka mengerti.

/dzan