jalan-jalan
jalan-jalan ku lihat ikan
ku sangka pasar ditepi jalan
kiranya lautan memuntahkan
perut yang sarat dengan ketakutan
jalan-jalan ku lihat insan
berlarian bertaburan
kusangka dipasar ada jualan
kiranya jasad berkuburan
bertubi soalan tiada jawapan,
sekadar laungan dan tangisan
jalan-jalan ku lihat bakti
ku sangka semua sedar menginsafi
malang sekadar melindungi
pada insan yang menyamai
masih mencurigai sesama sendiri
sempurna terasa diri
jalan-jalan ku lihat diri
aku menginsafi
tak mahu melihat pada beza yang ketara
sebab tuhan menjadikan kita saksama
sedang khinzir Mulia disisiNYA
kenapa geli hati menghina.
jalan-jalan aku gerun kehilangan
kemuliaan dalam keimanan
walau pun mungkin kalam tuhan
yang hebat aku memperbentakkan
/dzan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home