Kenapa
bila aku datang
kenapa engkau pergi
kemana engkau hilang
sedang aku setia menanti
bagaimana pulak mereka yang disini?
tak kan engkau mahu berlari
ingat,
sudah nyanyuk ingatan ku
berapa tinggal gigi mu?
kuning, hitam, putih
tak terperi uban mu
berjuta ke?
bulan dan matahari?
yang sinar mendidih
setia bersama kita dulu
tapi kini
hati ku basah dan beku
cairkan aku !!!
hari itu
bertatih aku kehujung pelangi
fikir ku
tentu ada emas menanti
sedar aku hanya
bila disentuh dan disapa
buih....geli
aku terjaga
engkau lama tak menyapa
membelok, terus lolos
kenapa?
/dzan
feb 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home