suap
sudahkah kau kasi tahu
pd puting beliung
bahawa ubi ku habis
padi ku bertaburan
pucuk paku hanya tinggal ranting
namun anak-anak masih selamba
cuma aku saja yg
semakin geli dan nyeri
sudahkah aku bilang
pd engkau, ketua desa
bahawa orang2 kampung
hilang arah
dan tak mampu berlapar
tak mampu bersedekah
engkau masih ketua
aku sudah hilang segalanya..
ceria nan ayu
keyakinan pd diri
dan semangat yg jitu
cinta ku
entah hanyut dek arus itu
tunjukkanlah aku,
titian cinta kasih
disebalik ketuk ubi,
dalam pada bau nasi basi
dicelah cucur ranting pucuk paku
suapkan rongga naluri ini
agar kenyang dgn ikhlas mu
biar hangat dgn semarak cinta mu
supaya semangat kembali jernih
dgn sentuhan mu
asal saja kasih mu lah
yg menyuap aku
/dzan
feb 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home