My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Saturday, May 02, 2020

Part 3 - 3 Mimpi yang Berbeza dalam 1 Perjalanan Malam 9th Ramadan, 1441h

Mimpi adalah mainan tidur. Sering tak ada pangkal dan hujungnya. Kadang-kadang boleh berubah topik tak semena-mena.  Saya pernah dengar cerita bahawa mimpi itu adalah 1/28 dari wahyu. Kononnya itu adalah hadith.  Apa pun saya tak pernah jumpa lagi dalilnya. Apa lagi dalil sahihnya. Kalau anda tahu dalil sahihnya, harap kongsi.


MIMPI 3 LAGI - LAST NI

Assalamualaikum,

Ok. Saya tak perasan lepas mimpi pertama dan kedua saya tersedar dari tidur atau tidak.   Rasanya tidak.

Dalam mimpi saya terbawa ke tengah laut bersama rakan-rakan yang lain. Air jernih dan tenang.  Laut tersangat dalam, sbb ditengah-tengah laut. Kami di beri boya tiap seorang. Rakan-rakan yang lain mendapat boya yg besar, yang boleh mereka duduk diatasnya.  Saya hanya mendapat pelampung serupa batang pisang panjang 1.5 kaki - yang cukup-cukup untuk saya pegang erat kuat-kuat.  Pelampung tu lah menjadi tempat bergantung nyawa saya.

Tugasan kami adalah membuat suatu ekspidisi mengelilingi suatu pulau besar. Mungkin juga pulau Singapura.  Entah.

Rakan-rakan yang lain bersama saya bergerak perlahan-lahan, menggunakan tangan sebagai pengayuh. Oleh kerana kedua tangan saya memegang erat pelampung yang sungguh tidak dpt membuat saya terapung dengan selesa, saya cuma bergerak dengan kaki sahaja.  Beberapa kali saya hampir tenggelam atau terlepas dari genggaman erat pd pelampung itu.  Seorang rakan menemani  sambil berbual-bual sepanjang perjalanan kami.   Rakan-rakan yang lain di atas boyar masing-masing. Badan tak tergelam pun dalam air.  Tapi saya hanya kepala diatas air.  Rakan saya perasan saya tercungap-cungap cuba mengapungkan diri.

Selapas 1pulau, ke 1 pulau berlalu. Kami tidak boleh singgah kemana-mana pulau dan harus mengelilingi Pulau Besar dalam ekspedisi kami. Sampailah kesatu pulau dimana perairannaya penuh dengan ikan Pirana.  Saya memang tenang...tapi tangan saya semakin lemah dan sesekali terlepas dari memegang erat pelampung saya itu.   Dari tenang, rasa cemas mula merasuk.  Bila teringat ikan pirana yg didalam air semakin cemas.  Tenggelam beberapa kali.  Lemah dan nak lemas. Panik lagi.

Tapi entah kenapa, alih-alih saya tiba hampir ke pantai pulau yg berdekatan.  Rakan disebelah saya cepat memanggil pegawai  keselamatan untuk membantu saya.  Saya diberi boya yang besar  seperti rakan-rakan yang lain.  Barulah selesa duduk di atas boya tersebut sambil mengayuh dengan tangan mengelilingi pulau.

Baru saya tersedar dari tidur.. ehh...merepeknya mimpi aku... Tapi setankan tak de bulan posa ni?

Dalam terjaga terfikir tentang:

  • Mimpi 1 - Air Sungai yg bersih mengalir dan akan menjadi kotor. Di atas pergunungan. Beri peringatan tak de siapa nak dgr. Orang boleh terbang untuk ke perkampungan tersebut. 
  • Mimpi 2 - Bergaduh dgn rakan (rapat - I think) sampai bertumbuk-tampar. Merasa puas dapat tampar dia bertubi walau kalah. Memberi pengingatan pada dia untuk menjaga akhlak. Untuk belajar berkawan dgn manusia, bukan dengan harta benda.
  • Mimpi 3 - Terapung diatas air laut yg dalam, jernih dan tenang. Tapi ada ikan pirana. Hampir lemas tenggelam, tapi terselamat akhirnya. 
Alhamdullillah. Hanya sekadar mimpi. Semoga Allah merahmati.  Apa lah agaknya. 

Wallahualam.


2 Comments:

Blogger InaOK said...

Oh, I pernah mimpi pegi jumpa u .. tapi bila bangun, tak ingat ngadu pasal apa 😜 .. 😂

3:07 PM

 
Blogger dzan said...

Ha ha...semoga allah berkati kita semua

4:13 PM

 

Post a Comment

<< Home