gabra
petanda hitam dipenghujung baris
bukan noktah yang mengakhir
sekadar imbuhan bertitik-tolak
pada alam yang berputar
dalam hidup yang berlingkar
onak, duri, simpang, liku
tepuk, tari, nanyian, rindu
jelas, hati, minda, keliru
langkah, seliuh, wawasan, kelabu
lalu kita
terangguk pada angin menderu
bersetuju akan bicara enggang
kerana auranya
kerana gagahnya
kerana hebatnya ia melayang
terpipis lada pada sang helang
terlupa ingat pada sang musang
aku gabra
berkelip-kelip dimata
berdebar-debar dihati
beringat-ingat dalam diri
/dzan
june 2006
2 Comments:
In life, everything doesnt seems what it is. You have to experience it yourself to find the truth.
Ask when in doubt, dun assume cause your perception maybe real but not neccessarily the Truth.
Thats the complexity of Life.
5:13 PM
Saya sudah lama belajar
membiarkan mereka yang berbicara enggang
yang mendabik dada tunjuk kuasa
yang suka menjadi juruheboh
tidak pernah mahu menjadi pendengar ...
biar apapun yang mereka kata ...
biar hina di mata mereka ....
asal tidak hina di sisi TUHAN
biarkan ..........
********************
Gabra ???
gabra dalam beringat,tidak mengapa
jangan gabra kerna hilang pedoman
bahaya musang berbulu helang
serigala menyamar enggang
terbang seiring tanpa menyedari
leka dek silau cahaya gemilang
tidak terlihat bencana bakal mendatang .......
Hati-hati ya ..... :)
1:53 AM
Post a Comment
<< Home