doa mu bonda
bonda
doa mu masih segar
walau tegar lagi tangan manusia yang melumpuri
buaian yang pernah kau hayun
mencambah fitnah bernanah
tentang hati mu yang luhur
tentang suara mu yang kian luntur
yang terdahulunya purba
kini adalah wadah selera sementara
diatas nama seni indah
diatas usaha kepingan dollar
di atas kebebasan maruah
MAJU lah kira nya (?)
yang berpakaian indah
dibilang arabi
bukan lagi bangsa terperi
dibilang dungu menilai insani
dibilang ilmu secetek perigi
anak-anak mu
mahu berhijrah minda
dari barat, dari timur tengah
melantun jauh merata negeri-negeri ini
bermukim ke suatu benua Allah
dimana MARUAH adalah
tunggak tamadun manusia
/dzan
april 2006
5 Comments:
kalau tidak mengenangkan janji ALLAH
bonda pun hampir-hampir mengalah
kerana terlalu lelah .... :(
Err...Ok ..confirm !!!
The tangan memang the very gatal .. tak leh nak refrain fr commenting...ke mmg malam ni bulan berwarna biru ???
HeHeHe .....
Ehh...dah pagi : 1.17am Sun 23/4
1:18 AM
Terlupa nak beritahu.
I tambah link :
Click for CT
but the songs might be a bit slow to start coz I download it fr another site,
with permission .... kalau tak kang kena saman lak. HeHe
1:35 AM
doakan kesejahteraan para ibu-ibu semua.. amin..
8:45 AM
Keep up the good work S15mg ionamin
2:41 PM
i m touched by most of the poem.. keep it up... sastera itu rasa hati bukan... indahnya kembang setaman perak
8:53 PM
Post a Comment
<< Home