sang TUAN, Engkau dan aku
aduh cinta
engkau kah yang serbu menyapa
bertandang bagai yang tipis melayang
berputar bagai yang bulat bergolek
kenapa pelangi yang kau kejar
dihujung situ
tiada harta bak dongeng cerita legenda
akurlah
kenapa kau mahu juga mempersembah
pada aku yang tiada apanya
pada wajah nan biasa
pada hati nan rendah
pada hidup nan alpa
sang TUAN tidak menyimpan hati ku
sang TUAN sering merestui hidup ku
sedangkan ENGKAU bercumbulah
pada DIA senantiasa
pada AKU
engkau akan merasa jemu
/dzan
8 Mar 2006
2 Comments:
Salam,
Just as I like
" sekiranya insan bertikam sempurna
tak akan damai datang bertamu
tersembunyilah ikhsan tiada
jitunya
ternampak udang bersembunyi di
batu "
I like " SANG TUAN tidak menyimpan hatiku ..... dan seterusnya "
BUT life's challenges are so difficult sumtimes just can't help feeling worthless .. TAK LAYAK nak BERCINTA dgn DIA
12:33 PM
Cinta bukan dicari
Harta bukan diingini
Kasih bukan dirindui
Sayang bukan diminta-minta
Namun ini sesuatu yang sukar
Diperkata
Disebut
Atau pun dikota
Hanya Masa yang boleh
Menentukan
Jika ini benar atau khayalan semata-mata
2:47 PM
Post a Comment
<< Home