My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Tuesday, March 07, 2006

pantun agama : 4, 5, 6 kerat

kendati berat dipikul kerbau
dicucuk hidung kemana pergi
sekiranya qudrat Tuhan melampau
nescaya lemah insan mengengkari

badai menghempas memberi isyarat
terhapus nyawa bergelimpangan derita
hidup ku lemas dek harta nan sarat
dosa berkoyan keampunan tak terminta
malah bermegah diri sempurna

kalimah ditutur kelat bunyinya
anak jawa berbahasa melayu
sekiranya insan bertikam sempurna
tak akan damai datang bertamu
tersembunyilah ikhsan tiada jitunya
ternampak udang bersembunyi di batu

/dzan
mar 2006

6 Comments:

Blogger wan salmah said...

pantun pesen baru? kreatif juga ya wpun dah menyimpang dari hukum asal pantun. but i like it!

9:18 PM

 
Blogger dzan said...

salam sis wan salmah,

gitulah ya..semua naik. darah pun naik. gaji aje yg lambat naik.

7:14 PM

 
Blogger InaOK said...

Perlukah mengikut hukum asal pantun?? Bukankah hukum itu yang membataskan kreativiti???
Dan sebab hukum itulah, kurangnya penerbitan karya puisi di Malaysia.
Juga penyebab karya saya jadi bahan tong sampah!!!
Oh Well .. Sampah pun Sampah lah

1:06 AM

 
Anonymous Anonymous said...

Ina, bawak bersabor. Pantun tradisi perlu dijaga (akak ni cikgu BM..),pada pandangan peribadi, karya kreatif sgt perlu spy bangsa kita menjadi lbh proaktif dan dinamik.
Jangan berhenti berkarya. Cuba bergabung karya dgn bbrp rakan penulis, smg lebih mendpt perhatian.

11:16 PM

 
Blogger InaOK said...

Bawak bersabor ???
Err..I'm Cool....rasanya kita dah cukup sabor dah ni....terlebih sabor dah jadik beku cam Iceberg.
HeHe.
Sebenarnya saya tak kisah karya saya jadi bahan tong sampah,tak kisah kalau org tak baca atau tak suka. Saya menulis sbb saya suka menulis, oleh itu tidak penting org suka atau tidak. Saya tak kisah tidak diberi perhatian. Bukan itu yg saya cari.

10:25 PM

 
Blogger wan salmah said...

Inakl,
perhatian tu maksudnya kita kerja berkumpulan. join persatuan penulis ke dsb. hantar karya ke media dan senyap begitu shj tu, standard la sbb kita blm dikenal. hantar lg, kalau hantar lbh skit sekali gus tu kot mrk perasan skit. bukan mudah nak jadi penulis. karya akak pun alami nasib yg sama, tp masih tak berputus asa. nanti habis kuliah akak, insya Allah akak fokus .ina masih muda..masih byk masa..

7:57 PM

 

Post a Comment

<< Home