makna hilang, ketawa, gembira, benar
hilang:
akan berganti rugi bila bumi dipijak tiada jati
terasa kosong bila teman dikasihi mula pergi
semakin sempit bila arah hidup mengaburi
ketawa:
cuma suara gembira yang sering tiada makna
sering terkeliru antara bahagia dan gembira
mentertawakan dan diketawakan sering tiada beza
bahagia:
hadir cuma-cuma dalam waktu seketika
tiada mudah digapai tanpa usaha
wang dan harta sering merosakkan nilai jitu nya
benar:
kehadirannya tak dapat disangkal walau benci menerima
terkandung nikmat tatkala jitu melaksanakannya
memberi makna bagi diri yang mahu merangkulnya
/dzan
april 2006