My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Thursday, June 23, 2005

kubur

aku akan berkubur, terkubur dan dikubur
tiada daya mengabur
seorang diri dalam sepi
di ruang sempit sedalam tujuh kaki
berkeleluasan 36 x 72 inci

mereka yang mengusung papan long
tiada akan mampu menolong
cuma cebisan doa penyampai seri, dipilis
menjadi api menerangi kamar sunyi, sendiri
hendaknya ada ikhlas dalam hidup
lantaran rahmatNYA dapat ku hirup

dikurung-batang inilah aku disoal-siasat
tentang tuhan, tentang iman, tentang kudrat
tentang ribuan maksiat yang pernah aku perbuat
segala yang tersirat bersembunyi
makin menyurat tersulam rapi
kebenaranlah kian sarat, merapati

kalaulah dulu
riak ku yang membuak
rakus ku yang menghunus
angkuh ku yang mempengaruh
kini aku layu terbujur, rapuh
cuma, saat ini perincian insaf telah lama hangus

/dzan
june 2005

4 Comments:

Blogger dzan said...

tiada daya aku mengagak tentang DIA. mungkin saudara lebih arif menyedarkan saya.

saya sering bertanya diri. bukan meriak hati, tapi ingin mengenal pasti tentang diri dan kejadian - bukan TUHAN

7:48 PM

 
Blogger dzan said...

sejarah manusia membuktikan bahawa dari persoalan manusia menemukan ilmu yang baru - tentang hidup dan segala kejadian.

hakikat (mungkin juga aneh) segala penemuan tidak menjadikan manusia MAHU bertemu TUHAN - malah engkar pada tuhan sebab merasa diri melebihi tuhan.

yg paling senget / sedih apabila manusia bertanya pada mika-mika sekadar retorikal berlaka

6:42 AM

 
Blogger dzan said...

1. saya beranggap, pada manusia semuanya BARU. Dan saya tak pernah tahu apa yg difikir Tuhan.

manusia ber "discovery" hanya pd perspectives TUHAN. aneh juga bukan disisi TUHAN, tapi ANEH pada manusia.

dari segi textual atau pun contextual, hanya lantaran syntax. jadi tak perlu bermain kata.

2. bukankah sdr mengata suatu ketika, bahawa, tdk ada CHOICE?

mungkin sdr boleh menyedarkan saya, siapa dan apa yg berlaku dimata sdr tentang manusia yg khianat atas nama ALLAH dan Sunnah? harap jelaskan.

jika, saya punya angkara, usah berkias. tunjuk saja bukti dan akan saya insaf. sememangnya insaf adalah mesti dalam hidup sehari.

beginilah, saya cadang sdr jujur dan lurus dalam berkata and ini bidalan saya:

bertutur biar nyata
jgn sampai jadi PUNCA
fitnah dan buruk sangka
kau tahu disitu ada dosa.

jgn mudah berkata bejat berleluasa, tapi tak daya memberi bukti,
menhindari dan mebangun jati
nanti sekadar retorikal diri
indah hanya cuma berbahasa,
tapi hilang erti dan makna

kalau benar takut pd hukum tuhan
hendaknya sama bertabligh dalam kebijaksanaan

makanya relevan itu mesti dalam hidup sehari

/dzan

11:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Mr Eunose Adnan,
In my opinion lah kan,
'Eunose Adnan said...
"agak-agak bila kita dah KENAL dia dia ada ke tanya banyak-banyak?"'<---our business ke nak fikir dia tanye banyak2 ke tak? mind our amalan dah la kan? how much do u know bout dat word 'KENAL' that u used? Maybe i got the wrong meaning... but please do be more straightforward

11:57 AM

 

Post a Comment

<< Home