terendak
ketika menatap ilmu dihalaman
dalam senja, setelah puas hujan
aku terhendap keberadaan
himpunan terendak bergerak pelahan
aku ketawa
terbangkitkah mereka dari lena
lantaran air langit yang tadi deras, mengganas
jika ilmu cuaca ditimba?
mampukah menahan air bah, merubah
ruyung yang selama ini adalah bumbung, pelindung
tiada terkongkong dan berkurung
tanah yang dibasah, apakah ada erti
pada dedaun yang dimamah
sebulatkah lantang suara
merubah hidup semasa
mana mungkin
gerak mereka pemangkin maju?
menukil fikir dan laku
malah keliru
walau jelas kelainan mereka.
/dzan
july 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home