semalam dan esok
semalam yang terundang
tiada mampu ku suruh pulang
masih disini belum pergi
mungkin menanti kelibat sang esok
menjemputnya duduk
berkocaklah air dicangkir
bukan kerana mendidih.
bergertaklah hati dalam tiada
bukan sebab gelora.
tapi ada dasarnya peri-budi
pada lada yang sering terpilis, dipipis
bicaranya tanpa daya berdiri
sekadar berkalis dari sisi
mengharap mika berjawapan pasti
lama.....
yang terlihat cuma
semalam yang tak mahu pergi
malah esok juga tiada mahu kemari
/dzan
june 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home