dengkur
aku dibanting subuh, dari tidur
puas semalaman aku berdengkur
nyaris serumah menjadi gaduh
lantaran dengkur yang semakin angkuh
terjaga mereka terhenti, mimpi
aku sahaja yang dibuai ngeri
lalu tersandung aku ke perigi
terlihat pada bayang-bayang diri
nampak gigi, nampak hati, nampak naluri
debu, kotor dan geli
ku basahi rupa, tangan dan kaki
hidung, telinga dan dahi
langsung bersujud merebah diri
/dzan
june 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home