bicara suami buat isteri
bertasbih aku mengharap ikhlas
bersih, dari mu Puan
aku menatang kasih, jernih
bicara ku
janganlah menangis,
hanya kerana aku tiada lagi romantis
janganlah hiba
hanya kerana aku mudah lupa
tarikh penting hidup semasa
janganlah mengadu rindu, bercelaru
berkeluh resah berkalislah, cemburu
sepi, jangan menguasai
pilu, jangan menakluki
biarpun langkah ku jauh, mencari rezeki
maafkan aku sayang,
istana ini tiadalah seindah rupa,
ketawa kita tiada juga selamanya
sesekali jerit perisian hidup sempit
serasa pahit bak nasi terhimpit
engkau, isteri yang aku akad
aku, suami yang restu terikat
kalau kesempurnaan yang ku cari
apalah diri tiada daya mengimbangi
bertegarlah, walau cinta nampak tercalar
berkentallah, walau fitnah datang berlegar
sebenarnya cinta ini,
merentasi hidup dan mati, Yakinlah
layarkanlah curiga durjana
berfikirlah dengan mata
lantas terlihatlah dengan telinga
berdengar-dengarlah dengan minda
barulah hidup rapi bermakna, bahagia
saat kerjaya kian terbanting
bersama putera-puteri kita bermain
ketika kawan bertandang, bersaing
mertua dan ipar-duai usahlah engkau berpaling
jangan terbisu sayangku
takut mengganjur bersama seteru yang bertamu
/dzan
june 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home