lelaki
aku mahu engkau menjadi lelaki
gagah dan perkasa
dalam suara dan gaya
bersemangat jiwa dan raga
tiada terlihat gemulai, lagaknya
tiada terkilas bunyi, germersik
sekadar gaya tiada terusik
seorang lelaki waja, bersahaja
minda mu biarlah kuat
jati mu biarlah bersemangat
jasad mu biar termuat
dalam layar hidup
yang tiada dibuat-buat
/dzan
july 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home