My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Monday, July 03, 2006

ayah dan hang tuah

ayah sekadar sebuah nama
punya rupa
tapi sunyi tanpa kata
perginya entah bila
pulang nya tak pernah ada

kalau mati
mana kuburnya?
kalau hidup
mana hadirnya?
apakah sang ayah
jelmaan hang tuah?
bakal hadir cuma
bila taming sari timbul dari muara.

kini aku sendiri menjadi ayah
suara dan laku menjadi perindu
tiada mereka berlari
ke gerobok takut menyembunyi
malah merangkul berpelukan lagi
berseloroh berkucupan mesti.

hilang segala rindu resah
apabila aku dipanggil ayah

/dzan
July 2006

6 Comments:

Blogger InaOK said...

Justeru itu .. janganlah hilang macam Hang Tuah
Bolehkan ???

10:55 PM

 
Blogger Idham said...

sekiranya...tamingsari terus bersembunyi
mungkinkah hang tuah pulang sendiri?

idham

1:15 AM

 
Blogger dzan said...

hang tuah sesat when he is all alone.

12:52 PM

 
Blogger Unggas Rimba said...

Tapi Hang Tuah kan ada Hang Jebat utk ditemankan.. Tak kisah lah kalau Tamingsari ade ke tak ade...
Asalkan ade sahabat untuk berkongsi nasib...

5:19 PM

 
Blogger InaOK said...

Err.. jap jap jap ..
Was Hang Tuah with Hang Jebat masa dia hilang ??
Kan masa tu Hang Jebat sudah dibunuh Tuah kerana menderhaka pada Sultan ...
Sebab tu le Tuah sesat ekk .... sbb dia dah keseorangan
Yg pergi bunuh Jebat tu siapa suruh ....

Hi Unggas Rimba ... dah tak sesat lagi di kota ??? :)

9:03 PM

 
Blogger Unggas Rimba said...

Hi Ina, Beta memang tersesat di sebuah kota di benua seberang. Bukan disembuyikan oleh nenek kebayan atau Pontianak Harum Sundal Malam. hehehe...Sebab tu menghilang sekejap. Masih ade di perantauan utk tenangkan fikiran dan minda hati.

Pada zahirnya, memang Hang jebat dah dibunuh. tapi roh hang jebat masih menghantui Hang Tuah ketika dia kesorangan. Kata sahabat,... Hang Tuah kan manusia juga. Ade hati dan perasaan.Rasa serba salah lah kerana membunuh sahabat sendiri....

8:40 AM

 

Post a Comment

<< Home