My passion to WRITE preceeds me, My urge to be RIGHT defeats me, Certainly, my intent not to be WRONG, guides me. This is my journal, abt life. Abt how I see life. Pls dispute me if you may!...I don't want anyone to agree with me...totally.

Monday, March 09, 2015

Hikmah Melatah? Benderang sungguh Melayu Melatah.

Salam,

Ramai diantara kita yang tak mengerti etika Islam dalam wacana, perbincangan, mahupun dalam perdebatan.  Atau kita sengaja tak mahu mengerti (?).  Saya termasuk... demi. 

Lalu kita melatah. Pantang ditegur. Bermuhasabah diri lagi payah.  Nak-nak bila gamis kita labuh, bila sarban boleh jadi topi keledar, bila populariti mencecah 10 sekala-rikter, bila fulamak...punyalah ramai pengikut dan penyokong. Nak-nak bila kita...... 

Entahlah..kenapa kita cepat melatah. Benderang sungguh orang Melayu melatah.

Apa sebenarnya hikmah Melatah?  Tak tahu lagi kalau dah ada orang buat kajian saintifik tentang melatah. 

Dalam pengamatan saya, golongan yang sedang melatah, tidak megerti apa yang mereka cakap.  Malah mereka seakan di dalam luar sedar dan kawalan diri.  Pertimbangan diri juga runtuh ketika melatah.  Ini boleh membahayakan diri yang melatah, juga orang-orang disekeliling.

Melihat kepada perkembangan umum masyarakat dewasa ini di media massa, suara-suara latah banyak kedengaran oleh ramai pihak.  Termasuk golongan agamawan, ilmuwan dan cendikiawan.

Mereka lupa etika Islam. Mereka hanya mengikut lenggok latah.  Seakan kewarasan diganti dengan kebodohan  dan ikut diwajibkan.

Baru-baru ini ada beberapa insiden orang ramai atau agamawan yang mula curiga dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh individu.  Lalu mereka mengutarakan suara2 mereka dengan landasan-landasan ilmiah.  Tapi sering dijawab dengah latah orang ramai.

Dalam latahan tersebut terungkaplah 1001 perlekehan, labels dan tuduhan oleh yang bertindak-balas

Mengikut takrif kamus dewan:

|melatah|

ertinya: 
 {melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari}
 1. penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa    disedarinya apabila dirangsang. 
2. berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah.

kata Dictionary.com. 

latah

/ˈlɑːtə/
noun

a psychological condition, observed esp in Malaysian cultures, in which an individual, after experiencing a shock, becomes anxious and suggestible, often imitating the actions of another person


Waallahualam dan Wasalam.

http://www.tabahfoundation.org/research/pdfs/Tabah_Research_papers_en_003.pdf

/dzan